Berikut adalah kompilasi kartun yang dilukis untuk Laman Khaira. Posting ini akan dikemaskini dengan kartun baru setiap beberapa minggu selepas posting premier kartun tersebut di laman sosial Laman Khaira.
Laman Khaira is an Islamic Elderly Care Centre Specialist.
Visit http://www.lamankhaira.com.my to know more.
Instagram: https://www.instagram.com/lamankhaira/
Facebook: https://www.facebook.com/lamankhaira/
1. JAGA RUMAH
Menjaga ibu bapa adalah satu amalan yang mulia.
Tetapi berapa ramai anak anak tidak sedar setelah membawa ibu bapa duduk bersama, mereka menjadi seperti seorang ‘jaga’ menunggu kepulangan anak cucu di rumah.
Anak anak haruslah peka dengan keadaan ini. Jangan biarkan ibu bapa anda keseorangan di rumah. Ini boleh menyebabkan masalah lain seperti kemurungan, dirompak, jatuh dan sebagainya.
2. SESAT
Dah sampai mana dah tu pakcik?
Pernahkan kita melihat orang tua yang dijumpai orang ramai berjalan jalan di luar sana tanpa arah tujuan?
Bila ditanya dimanakah rumah mereka? Dimanakah anak mereka? Semuanya mereka sudah lupa?
3. TAKNAK MANDI
Jika ayah atau ibu yang sudah tua tidak mahu mandi jangan marah.
Misi untuk memujuk mereka yang mengalami sakit dementia atau alzheimer kadang kala boleh menjadi satu cabaran yang besar bagi penjaga.
Jangan tinggikan suara..sabar dalam memujuk...jangan paksa mereka..pujuk dengan nada yang lembut dan rendah.
Kadang kala perlu untuk memikirkan strategi yang terbaik untuk memujuk mereka. Jika tidak berjaya, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang berpengalaman.
4. LAMPIN DEWASA
Antara cabaran menjaga orang tua yang mempunyai sakit demensia atau alzheimer adalah kesukaran mengingat, berfikir dengan jelas, berkomunikasi bahkan menjaga diri sendiri.
Membuang air besar atau kecil merata adalah satu perkara normal yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai sakit ini.
Kesabaran adalah kunci utama dalam menjaga mereka. Fahami mereka dan sokong mereka dengan sebaiknya.
Bertenang sahaja..
5. LUPA
Ada yang pernah mengalami situasi begini?
Jika anda terjumpa orang tua begini bantulah mereka... Mereka berkemungkinan mengalami masalah alzheimer atau demensia.
Jadilah masyarakat yang prihatin. Berpeluh jugak anak nak cover line kalau terjadi macam ni.
6. NYANYUK
Ibu ayah yang nyanyuk mereka tidak akan dapat mengingat walau kejadian seminit yang lalu. Setiap saat adalah perkara baru buat mereka. Anda yang berhadapan dengannya akan jadi cepat lelah. Letih nak menjawab banyak kali.
Tapi, jawab sajalah dengan jawapan yang sama.
Jangan diubah-ubah, kerana jawapan yang berubah-ubah akan lebih membuatkan mereka kebingungan dan akhirnya emosi mereka akan berubah. Menjadi marah dan cepat perengus. Jika sudah terlalu penat mahu menjawab, tanyakan kembali soalan yang sama pada mereka.
Nanti anda lihat apa reaksi ibu atau ayah yang terlupa-lupa ini.
Rambut atok dulu nenek yang potong. Bolehlah...dapat jugalah style rambut Elvis Presley.
Elakkan daripada terciptanya cluster baru iaitu cluster barbershop. Beli mesin potong rambut di shopee atau lazada lepas tu boleh potong rambut di rumah.
Ini kita panggil surviving mode.
Rambut panjang sekarang style lah atok. Ini zaman PKP..zaman rambut panjang. Atok memang sentiasa special dan lain daripada yang lain..

7. NGORAT
8. MAKE UP
Amboi makcik Kiah...lain macam Makcik Kiah make up sekarang...Makcik Kiah gembira kami pun senang hati...sayang Makcik Kiah, makcik makcik dan pakcik pakcik di Laman Khaira...
9. ELVIS
Rambut atok dulu nenek yang potong. Bolehlah...dapat jugalah style rambut Elvis Presley.
Elakkan daripada terciptanya cluster baru iaitu cluster barbershop. Beli mesin potong rambut di shopee atau lazada lepas tu boleh potong rambut di rumah.
Ini kita panggil surviving mode.
10. TERAWIH
Ramadhan sudah tiba..Selamat Menyambut Ramadhan Al Kareem.
Jangan lupa memohon keampunan serta melipat gandakan amalan ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan ponteng tau..
Jangan lupa memohon keampunan serta melipat gandakan amalan ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan ponteng tau..
11. DAPUR
Siapa selalu berebut nak masak di dapur macam ni? Sesungguhnya dapur itu milik emak..jangan kacau kawasan dia.
12. RAYA
Hari raya ini, janganlah bersedih apabila anak-anak tidak dapat pulang ke kampung.
Bukannya orang tua tak diingati tapi kena beringat supaya tidak dijangkiti.
Lepas ni raya tak raya anak anak kena selalu balik menjenguk ibu bapa. Kini pasti ramai yang lebih menghargai masa bersama ibubapa mereka.

13. RAMBUT PANJANG
Rambut panjang sekarang style lah atok. Ini zaman PKP..zaman rambut panjang. Atok memang sentiasa special dan lain daripada yang lain..
14. LUPO
Sampai lupo kau jang rumah omak. Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri bersama insan tersayang. Berhati hati dia jalan raya dan jangan sampai terlupo rumah omak yo.
15. GEMBIRA
16. KISAH NABI IBRAHIM
17. MERDEKA
18. HIDUP SIHAT
Alhamdulillah di @lamankhaira kami sayang serta menjaga orang tua disini macam keluarga kami sendiri. Yang penting mereka gembira.
17. MERDEKA
18. HIDUP SIHAT