Koleksi Kata Abu Nuwas

Share:


Anda sedang melihat koleksi Kata Abu Nuwas.

Dunia ini sememangnya gelap. Maka kita perlu menjadi bintang.

Di sebalik pakaian yang kita banggakan, ada tubuh yang kita malukan.

Murah hati bukanlah sifat yang murah.

Orang yang berjaya adalah mereka yang berjaya menjadikan orang lain berjaya.

Salah satu cara untuk bersihkan hati adalah dengan membersihkan persekitaran kita.

Waktu sekolah mungkin tamat tengahari. Tetapi waktu belajar tamatnya bila mati.

Kata-kata bijak tidak ada erti jika hanya sekadar dibaca.

Kesilapan orang lain bukan untuk dikeji tetapi untuk dikaji.

Merendah diri menjadikan kamu lebih tinggi.

Harga diri anda tidak terletak pada barang berharga yang anda miliki.




Bila guru mengajar hanya kerana upah, maka murid belajar hanya untuk markah.

Kesetiaan bukan sekadar menghadirkan diri tetapi juga menghadirkan hati.

Ada mungkin tuhan memberikan rezeki seseorang yang lain melalui kamu. Maka beringatlah apabila kamu mempunyai lebihan.

Jangan rasa diri ini tiada yang peduli. Disaat kau mati nanti pasti akan ada yang tolong mandi dan gali.

Ramai berkata 'tiada rezeki' apabila tidak mendapat sesuatu. Hakikatnya, ia juga satu rezeki.

Jangan biarkan dirimu terperangkap dalam kebebasan.

Perjalanan beribu batu bermula dengan doa.

Semua orang tidak percaya adakan anda selama ini benar-benar belajar. Sebab itu diadakan peperiksaan. 😂

'Nanti' adalah perkataan yang bahaya.

Hadir ke peperiksaan adalah kejayaan pertama. Menjawab soalannya adalah kejayaan kedua.

Sabar dengan kesengsaraan. Semuanya itu bersifat sementara.

Sikap merendahkan diri cumalah satu lakonan jika ia berlaku tanpa kerendahan hati.

Satu lagi tahun. Satu lagi peluang.

Nelayan lebih cemerlang berada di laut berbanding di pejabat.

Kebaikan dibuat bukan untuk dikira.

Yang mencintai sentiasa lebih kaya daripada yang dicintai.

Utamakan cara yang betul. Bukan yang senang.

Ya, kita semua saling melengkapi. Namun yang penting adalah susunannya. Siapa harus berada di sebelahku? Dan siapa harus berada di sebelahmu?

Berbahagi dan berbahagia

Dunia ini akan musnah. Tapi itu tidak bermakna kita perlu memusnahkannya.

Untuk jadi kaya, kita tidak perlu segan untuk hidup miskin.

Kedudukan tidak melambangkan kebijaksanaan. Tetapi kebijaksanaanlah yang meletakkan dimana kamu.

Menganggur boleh mengeraskan hati. Lakukanlah sesuatu.

Saat kita gagal, kita lupa bahawa kita telah berjaya. Berjaya mencuba.